ORGANISASI & PENGKHUSUSAN

ORGANISASI SEL

Proses Hidup Organisma Unisel

1. Organisma unisel adalah organisma yang terdiri daripada satu sel sahaja.
2. Contoh organisma unisel adalah ameba dan paramesium.
3. Setiap organisma adalah unit hidup lengkap, yang boleh menjalankan semua proses hidup untuk bermandiri seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.3.

2.3
2.3.1
2.3.2
2.3.4

Pengkhususan Sel Organisma Multisel

1. Organisma multisel terdiri lebih daripada satu sel.

2. Organisma multisel adalah lebih besar dan lebih kompleks. Maka, organisma multisel memerlukan pengkhususan sel untuk meng­hasilkan pelbagai jenis sel yang berbeza untuk menjalankan proses hidup.

3. Dalam pengkhususan sel, sel-sel membeza untuk membentuk sel khusus dengan fungsi tertentu.

4. Organisasi sel juga berlaku dalam sel multisel untuk membolehkan organisma ini menjalankan pelbagai fungsi secara sistematik dan berkesan.

5. Dalam organisasi sel, organisma terbentuk berdasarkan aras berikut:

Sel → tisu → organ → sistem → organisma

PENGKHUSUSAN SEL DALAM ORGANISMA MULTISEL

organisma multisel ialah organisma yang mempunyai lebih daripada satu sel.
sebagai contoh, manusia memulakan hayat hidup bermula daripada satu sel tunggal yang disebut zigot, iaitu sel yang terbentuk daripada gamet jantan dan gamet betina.
sel darah putih boleh berubah bentuk untuk memusnahkan bakteria.
sel darah merah berbentuk cakera dwicekung dan sangat fleksibel.. ini membolehkannya bergerak dengan mudah sepanjang salur darah yang sempit.
sel saraf mempunyai gentian akson yang panjang dan halus untuk menghantar impuls saraf.
sel sperma mempunyai ekor panjang untuk membolehkannya berenang ke arah ovum. kepalanya membawa satu set kromosom yang berasal daripada induk jantan.

ORGANISASI SEL DALAM ORGANISMA UNISEL

organisma sel dalam organisma multisel boleh diringkaskan sebagai:
sel
tisu
organ
sistem
organisma multisel

ORGANISASI SEL DALAM HAIWAN

TISU
tisu terbahagi kepada empat jenis iaitu:
tisu epitelium
tisu otot
tisu penghubung
tisu saraf

TISU EPITELIUM
tisu epitelium terdiri daripada daripada satu atau lebih lapisan sel.
sel-sel tisu tersusun rapat antara satu sama lain membentuk satu lapisan berterusan yang melapisi permukaan luar (kulit dan ruang mulut).
permukaan berongga dalam badan (rongga salur pencernaan dan kelenjar endokrin).
tisu epitelium berfungsi sebagai halangan yang berupa pelindung daripada jangkitan, kecederaan mekanikal dan penyahidratan.
tisu epiteliumyang melapisiusus manusia membentuk sel goblet yang merembes mukus ke dalam salur pencernaan.
tisu epitelium yang melapisi trakea mempunyai sel panjang dengan unjuran seperti rambut yang dikenali sebagai silium.

TISU OTOT
tisu otot merupakan tisu yang paling banyak terdapat dalm badan.
tisu otot terdiri daripada gentian otot.
terdapat tiga jenis otot iaitu otot licin (usus, salur darah, salur kencing, salur pembiakan), otot rangka (tulang rangka badan) dan otot kardium (dinding jantung).
pengecutan dan pengendoran otot licin bertanggungjawab terhadap aktiviti luar kawal badan seperti peristalsis di sepanjang salur pencernaan.
otot licin mengecut lebih perlahan daripada otot rangka tetapi kekal engecut untuk jangka masa yang lebih lama.
otot rangka terlibat dalam pergerakan terkawal.
otot rangka mengecut dan mengendur untuk menghasilkan pergerakan tulang.
otot kardium mengecut untuk mengepamkan darah ke seluruh badan.
pengecutan otot kardium adalah luar kawal.

TISU SARAF
tisu saraf terdiri daripada neuron atau sel saraf.
setiap neuron terdiri daripada jasad sel dan gentian saraf yang disebut dendrit dan akson.
neuron dikhususkan untuk mengesan rangsangan dan seterusnya mengutus maklumat dalam bentuk isyarat bioeletrik (impuls saraf) ke otot atau kelenjar.
tisu saraf menyelaras dan mengawal aktiviti badan.

TISU PENGHUBUNG
tisu penghubung terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:-
tisu penghubung longgar.
tisu penghubung bergentian.
rawan.
tulang.
tisu darah.
tisu adipos(tisu lemak).

TISU PENGHUBUNG LONGGAR
tisu penghubung longgar merupakan tisu penghubung yang paling banyak terdapat dalam badan.
tisu ini berfungsi memautkan tisu epitelium dengan tisu di bawahnya dan menetapkan organ-organ pada kedudukannya.

TISU PENGHUBUNG BERGENTIAN
tisu penghubung bergentian mengandungi banyyak gentian kolagen yang disusun rapat.
tisu penghubung jenis ini dijumpai dalam tendon yang menyambungkan tulang kepada otot dan ligamen yang menyambungkan tulang kepada tulang.

RAWAN
rawan ialah tisu penghubung yang kuat dan fleksibel.
rawan memberi sokongan kepada hidung, telinga dan menutup hujung tulang pada sendi.
ceper yang didapati antara vertebra dan bertindak sebagai kusyen untuk menyerap tekanan.

TULANG
tulang terdiri daripada sel-sel yang terbenam dalam satu matriks kolagen dan dikeraskan oleh pengenapan mineral seperti kalsium fosfat.
kombinasi ini menyebabkan tulang lebih keras daripada rawan.
tulang melindungi organ dan menyokong badan.

TISU DARAH
tisu darah seperti sel darah merah dihasilkan dalam sumsum tulang yang terletak di hujung tulang panjang.
darah memainkan peranan dalam pengawalaturan,pengangkutan dan perlindungan.\

TISU ADIPOS(TISU LEMAK)
tisu adipos terdiri daripada sel-sel yang tersusun padat untuk menyimpan lemak.
tisu ini boleh dijumpai di dalam dermis kulit dan di sekeliling semua organ utama.
tisu ini berfungsi memberi tenaga simpan dan juga membekalkan penebatan dan perlindungan.

ORGAN
organ terdiri daripada dua atau lebih tisu yang bergabung bersama untuk melakukan sesuatu fungsi yang khusus.
kulit merupakan organ yang melapisi seluruh badan.
kulit berfungsi sebagai pelindung terhadap jangkitan, kecederaan fizikal dan penyahidratan.
kulit terdiri daripada dua lapisan utama iaitu epidermis(luar) dan dermis(dalam).
lapisan epidermis terdiri daripada tisu epitelium.
sel-sel epitelium sentiasa menjalankan pembahagian sel.
dermis terdiri daripada tisu penghubung, tisu saraf, tisu epitelium dan tisu otot..
darah dibekalkan kepada kulit melalui jaringan kapilari darah.
pelbagai hujung gentian saraf tersebar di seluruh dermis dan epidermis.
hujung-hujung sarafmerupakan reseptor tekanan, suhu, sentuhan dan kesakitan yang memancarkan impuls saraf ke bahagian sistem saraf yang lain.

SISTEM
setiap sistem terdiri daripada beberapa organ yang bekerja secara bersepadu untuk melakukan sesuatu fungsi khusus.
terdapat pelbagai sistem yang menjalankan fungsi utama dalam badan manusia.
fungsi semua sistem mesti berkoordinasi supaya organisma dapat hidup dengan sempurna.
jenis-jenis sistem utama dalam badan manusia:-
sistem integumen
sistem peredaran darah
sistem endokrin
sistem limfa
sistem saraf
sistem pencernaan
sistem otot
sistem perkumuhan
sistem rangka
sistem respirasi
sistem pembiakan

ORGANISASI SEL DALAM SEL TUMBUHAN

TISU
tisu tumbuhan terbahagi kepada dua iaitu:-
tisu meristem(sel bersaiz kecil yang mempunyai dinding nipis, nukleus bersaiz besar, sitoplasma padat dan tiada vakuol).
tisu kekal(tisu matang yang telah mengalami perbezaan atau sedang mengalami pembezaan).

tisu kekal terbahagi kepada tiga iaitu:-
tisu epidermis
tisu asas
tisu vaskular

TISU EPIDERMIS
tisu epidermis ialah lapisan paling luar yang melapisi permuaan luar batang, daun dan akar tumbuhan muda.
kebanyakan sel epidermis adalah leper dan mempunyai vakuol yang besar.
dinding sel epidermis yang terdedah kepada udara diliputi oeh lapisan berlilin yang kalis air disebut kutikel.
kutikel mengurangkan kehilangan air secara penyejatan, melindungi dau daripada kecederaan mekanikal dan menghalang jangkitan penyakit yang dibawa oleh mikroorganisma.
sel pengawal ialah sel epidermis khusus yang boleh ditemui di antara sel epidermis daun..
sel ini mengawal penutupan dan pembukaan stoma.
sel epidermis akar mempunyai unjuran panjang yang disebut akar rambut yang menambahkan luas permukaan untuk penyerapan air daripada tanah.

TISU ASAS
tisu asas terbahagi kepada tiga iaitu:
tisu parenkima
tisu kolenkima
tisu sklerenkima

TISU PARENKIMA
sel yang paling ringkas dan tidak khusus yang dijumpai dalam semua organ tumbuhan.
sel-sel ini mempunyai dinding sel yang nipis dan vakuol yang besar.
tempat menyimpan kanji dan gula.
tisu parenkima yang berada dalam keadaan segah memberi sokongan dan bentuk kepada tumbuhan herba.

TISU KOLENKIMA
tisu kolenkima mempunyai dinding sel yang menebal secara tidak seragam terutamanya pada bucu-bucunya.
memberi sokongan kepada tumbuhan tidak berkayu (tumbuhan herba), batang muda dan petiol.

TISU SKLERENKIMA
mempunyai dinding sel sel yang ditebalkan dengan seragam oleh lignin dan mungkin merupakan tisu mati.
memberi sokongan dan kekuatan mekanikal kepada bahagian tumbuhan yang matang.

TISU VASKULAR
tisu vaskular terbahagi kepada dua iaitu:-
xilem(mengangkut garam mineral dan air)
floem(sebatian organik yang baru disintesis/ menjana fotosintesis kepada tumbuhan)

XILEM
mengangkut garam mineral dan air terlarut dari akar ke bahagian-bahagian lain tumbuhan.
memberi sokongan dan kekuatan mekanikal kepada tumbuhan.

FLOEM
terdiri daripada sel tiub nipis yang tersusun hujung ke hujung untuk membentuk struktur tiub yang memanjang dan bersambungan.
sebatian organik yang baru disintesis.

ORGAN DAN SISTEM DALAM TUMBUHAN

contoh organ tumbuhan iaitu:-
daun
bunga
batang
akar
daun terdiri daripada:-
tisu asas
tisu vaskular
tisu epidermis
sistem organ tumbuhan tidak begitu khusus dengan sistem organ haiwan.
tumbuhan berbunga terdiri daripada dua sistem utama iaitu:-
sistem akar
sistem pucuk
sistem akar terdiri daripada semua akar tumbuhan
sistem pucuk terdiri daripada:-
batang
daun
pucuk
bunga
buah
batang dan ranting merupakan sistem sokongan untuk menyokong daun pada kedudukan menegak bagi membolehkan penyerapan cahaya dan fotosintesis.
bunga terlibat dalam proses pendebungaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s