STRUKTUR & PERBANDINGAN

STRUKTUR SEL

STRUKTUR DAN FUNGSI SEL

1 Sel adalah unit asas kehidupan.
2 Sel terdiri daripada membran plasma yang menyelaputi protoplasma (nukleus dan sitoplasma).
3 Sitoplasma mengandungi banyak organel.
4. Organe1 adalah struktur khas yang diselaputi membran dan menjalankan fungsi tertentu.

Rajah 2.1 menunjukkan struktur satu sel haiwan dan satu sel tumbuhan yang dilihat melalui mikroskop elektron.

2.1

– membran sel
Membran sel ialah istilah umum yang merujuk kepada semua jenis membran yang terdapat dalam sel.
Membran yang terdapat pada permukaan dan meliputi kandungan sel dikenali sebagai membran plasma.
membran plasma terdir daripada protein dan fosfolipid.
membran plasma membentuk sempadan yang mengasingkan kandungan sel daripada persekitaran luar.
membran ini mengawal atur pergerakan bahan ke dalam dan ke luar sel.
membra plasma adalah separa telap dan bersifat telap memilih.

– dinding sel
dinding sel ialah lapisan luar yang tegar yang mengelilingi membran plasma sel tumbuhan.
dinding sel terbina daripada gentian selulosa, iaitu sejenis karbohidrat yang kuat dan tegar.
dinding sel bersifat telap terhadap semua jenis bendalir kerana mempunyai liang-liang seni yang membolehkan pergerakan bebas bahan antara bahagian luar dan dalam sel.
dinding sel memberikan bentuk yang tetap serta sokongan dan pelindungan kepada sel tumbuhan.
dinding sel juga melindungi sel tumbuhan daripada pecah akibat kemasukan air yang banyak.

– sitoplasma
sitoplasma ialah bahagian antara nukleus dan membran plasma yang terdiri daripada bahan seperti jeli, tempat organel sel terbenam.
sitoplasma mengandungi sebatian organik serta sebatian tak organik yang bertindak sebagai medium bagi tindak balas biokimia dalam sel.
sitoplasma turut membekalkan organel dengan bahan keperluan yang diperoleh daripada luar sel.

– nukleus
nukleus ialah organel yang besar, tumpat dan membentuk sfera.
nukleus dilingkungi oleh membran nukleus.
nukleus juga mengandungi nukleoplasma dan struktur sfera gelap yang disebut nukleolus.
kromatin ialah keadaan kromosom semasa sei tidak membahagi dan terkandung di dalam nukleuoplasma.
kromosom membawa maklumat genetik yang akan menentukan sifat dan fungsi sel.
nukleus sangat penting dalam mengawal segala aktiviti sel.
sintesis protein adalah dikawal oleh maklumat yang terkandung dalam kromosom.

– vakuol
vakuol ialah kantung berisi cecair yang dikelilingi oleh membran separa telap yang disebut tonoplas.
cecair yang terkandung di dalam vakuol disebut sap sel.
sel tumbuhan yang tipikal mempunyai vakuol bersaiz besar manakala sel tumbuhan muda mempunyai banyak vakuol bersaiz kecil.
mikro organisma air tawar seperti paramecium mengandungi vakuol mengecut dan vakuol makanan.
vakuol mengecut terlibat dalam pengawalaturan dan keseimbangan air dalam organisma ini.
vakuol makanan pula sebagai tempat simpanan dalam sel.
sap sel dalam vakuol mengandungi air, asid organik,gula,asid amino,garam mineral, bahan buangan,pigmen,dan hasil sampingan metabolisme.
sap sel juga menyokong tumbuhan herba supaya tidak layu dengan mudah.

– mitokondrion
mitokondrion jika dilihat menerusi mikroskop elektron akan kelihatan sebagai organel kecil berbentuk sfera atau silinder.
mitokondrion terlibat dalam respirasi sel
proses ini membebaskan tenaga apabila bahan makanan seperti glukosa dioksidakan dengan bantuan enzim yang hadir dalam mitokondrion.
tenaga yang dibebaskan disimpan dalam bentuk molekul ATP(adenosina trifosfat)dan sedia digunakan oleh sel.

– ribosom
ribosom merupakan organel berbentuk sfera yang terdapat pada permukaan jalinan endoplasma kasar atau wujud sebagai ribosom bebas dalam sitoplasma.
setiap ribosom terdiri daripada asid ribonukleik(RNA) dan protein.
sintesis protein seperti enzim berlaku dalam ribosom.
ribosom menggunakan maklumat yang terkandung dalam kromosom untuk menghasilkan protein.

– jalinan endoplasma
jalinan endoplasma ialah jaringan membran berlipat yang membentuk tubul yang saling berhubungan.
membran jalinan endoplasma bersambung secara fizikal dengan membran nukleus.
terdapat dua jenis jalinan endoplasma, iaitu jalinan endoplasma kasar dan licin.
jalinan endoplasma kasar mempunyai ribosom pada permukaannya manakala jalinan endoplasma licin tidak mempunyai ribosom pada permukaannya.
jalinan endoplasma kasar mengangkut protein yang disintesis oleh ribosom.
protein yang dirembes keluar daripada jalinan endoplasma kasar dibungkus di dalam vesikel.
protein ini kemudian diangkut dari satu bahagian ke bahagian sel yang lain.
jalinan endoplasma licin merupakan tapak tindak balas metabolisme yang penting seperti sintesis lipid dan penyahtoksidkan dadah dan racun.

– jasad golgi
jasad golgi terdiri daripada satu timbunan kantung pipih.
jasad golgi berfungsi sebagai pusat memproses,membungkus, dan mengangkut bahan seperti karbohidrat, protein, fosfolipid, dan glikoprotein.
vesikel angkutan yang membawa hasil seperti protein daripada jalinan endoplasma kasar bergabung dengan membran jasad golgi dan protein masuk ke dalam ruang membran.
jasad golgi akan mengasingkan hasil-hasil ini dan membungkusnya ke dalam vesikel rembesan.
vesikel rembesan yang mengandungi bahan ini menggenting daripada membran jasad golgi dan menuju ke bahagian sel yang lain atau ke membran plasma.
vesikel rembesan kemudian bergabung dengan membran plasma sebelum merembes kandungannya keluar daripada sel.

– lisosom
lisosom ialah kantung bermembran yang mengandungi enzim hidrolisis.
enzim ini menguraikan bahan organik yang kompleks seperti protein, lipid, polisakarida dan asid nukleik.
lisosom juga menyingkirkan mitokondrion dan organel lain yang rosak supaya organel baharu dapat dihasilkan.
lisosom bergabung dengan vakuol makanan untuk merembeskan enzim ke dalam vakuol bagi mencernakan kandungan dalam vakuol.
hidrolisis makanan oleh enzim menghasilkan nutrien untuk kegunaan sel.
lisosom juga mencernakan bakteria dengan menguraikan dinding sel bakteria.

– sentriol
sentriol ialah sepasang struktur silinder kecil yang terletak di luar nukleus.
sentriol terdiri daripada susunan mikrotubul yang kompleks.
sentriol membentuk gentian gelendong semasa pembahagian sel di dalam sel haiwan.
sentriol tidak terdapat dalam sel tumbuhan.

– kloroplas
kloroplas berbentuk bujur.
struktur membran dalam kloroplas mengandungi pigmen hijau yang dikenali sebagai klorofil.
klorofil menyerap cahaya matahari dan menukarkannya kepada tenaga kimia semasa fotosintesis.
klorofil memberikan warna hijau kepada tumbuhan.

Perbandingan antara Sel Haiwan dengan Sel Tumbuhan

chart

Hubungan antara Kepadatan Organel dengan Fungsi Sel

1. Kepadatan organel di dalam sel bergantung kepada fungsi organel tersebut.

2. Sel-sel yang aktif mempunyai banyak mitokondrion untuk memberikan tenaga yang meneukupi bagi aktivitinya. Contohnya adalah sel sperma, sel otot, sel hati, sel otot penerbangan pada burung dan serangga serta sel meristem pada tumbuhan.

3. Sel mesofil palisad dan sel mesofil span pada daun mempunyai kepadatan kloroplas yang tinggi untuk menjalankan fotosintesis .

4. Sel perembesan di pankreas dan kelenjar liur mempunyai banyak jasad Golgi dan jalinan endoplasma untuk mensintesis dan merembeskan enzim serta hormon.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s