KEPENTINGAN, KESAN & LANGKAH

KEPENTINGAN PENGURUSAN AKTIVITI PEMBANGUNAN DAN EKOSISTEM YANG BETUL

Pembangunan adalah penting:

(a) untuk memperbaiki kualiti kehidupan dan memenuhi keperluan populasi yang semakin bertambah
(b) untuk menjalankan pelbagai projek pembangunan
(i) Dalam pertanian
(ii) Dalam industri

DALAM PERTANIAN

1. Hutan dibersihkan untuk memperbaiki kualiti hidup bagi:

(a) menyediakan lebih banyak tempat tinggal
(b) menambah makanan
(c) menyediakan pengangkutan baik

2. Hutan dibersihkan untuk meningkatkan produktiviti hasil pertanian dengan menggunakan teknologi moden dalam pertanian.

DALAM INDUSTRI

1. Menarik pelabur asing untuk mempercepatkan kemajuan dalam sektor industri dan menyediakan pekerjaan.

2. Memperbaiki kualiti hidup di kawasan luar bandar dengan menyediakan kemudahan infra­struktur seperti projek rumah kos rendah, klinik, sekolah, jalan raya, bekalan elektrik dan air.

Kesan Peningkatan Populasi kepada Ekosistem

Projek pembangunan seperti penyahhutanan untuk menampung populasi yang semakin bertambah mendatangkan kesan sampingan terhadap ekosistem:

1. Kemusnahan habitat semula jadi tumbuhan dan haiwan yang menjejaskan rantai dan siratan makanan serta menyebabkan ketakseimbangan ekosistem.
2. Kepupusan tumbuhan dan haiwan.
3. Hakisan tanah yang menyebab­kan tanah menjadi tidak subur.
4. Pemanasan global dan pen­cemaran persekitaran disebabkan kekurangan pokok.

Langkah yang Diambil dalam Pengurusan Aktiviti Pembangunan dan Ekosistem untuk Memastikan Alam Semula Jadi yang Seimbang

1. Penguatkuasaan undang-undang Undang-undang dan peraturan digubal untuk memelihara dan melindungi persekitaran:

(a) Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, 1985
(b) Akta Kilang dan Mesin 1967/1983
(c) Akta Racun Serangga 1974 (d) Akta Perhutanan Kebang­saan 1984
(e) Penilaian Kesan Alam Sekitar (ElA) memastikan semua projek pembangunan mesti diluluskan sebelum kerja pembinaan dimulakan. lni untuk memastikan kese­imbangan antara pengurusan persekitaran dengan projek pembangunan.

2. Menggunakan teknologi untuk mengatasi pencemaran

(a) Penggunaan bakteria peng­urai minyak untuk mem­bersihkan tumpahan minyak di laut
(b) Memasang cerobong kilang dengan alat khas untuk menapis partikel halus dan gas bertoksik
(c) Mengitar semula bahan buangan seperti kaca, logam, kertas, tin aluminium untuk melindungi persekitaran dan memulihara sumber semula jadi
(d) Menukar sisa organik kepada biogas seperti metana untuk digunakan sebagai sumber bahan api dengan meng­gunakan bakteria
(e) Loji rawatan menggunakan bakteria untuk menguraikan
(c) Elakkan membuang sampah dan sisa toksik ke dalam sungai
(d) Jabatan Perhutanan, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara meme­lihara dan memulihara hutan yang merupakan habitat semula jadi tumbuhan dan haiwan.

5. Mengamalkan kawalan biologi

(a) Gunakan pemangsa semula jadi ntuk mengawal populasi perosak.
(b) Tidak menggunakan bahan kimia pertanian seperti pestisid. Maka, ini tidak akan mengganggu keseimbangan ekosistem atau mencemari persekitaran.

6. Menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui

(a) Tenaga yang boleh diper­baharui tidak akan kehabisan dan tidak mencemarkan persekitaran

b) Contoh tenaga yang boleh diperbaharui adalah:
(i) Tenaga solar
(ii) Tenaga angin
(iii) Tenaga ombak
(iv) Tenaga geoterma
(v) Tenaga biomas

(c) Tenaga yang boleh diper­baharui boleh digunakan sebagai sumber tenaga alternatifbagi bahan api fosil yang merupakan tenaga yang tidak boleh diper­baharui

7. Penggunaan tenaga secara cekap Kecekapan penggunaan tenaga untuk mengelakkan pembaziran boleh dijalankan dengan cara berikut:
(a) Mengurangkan pembakaran arang batu, petroleum dan bahan api fosillain
(b) Memperbaiki kecekapan bahan api kenderaan dan mesin
(c) Menggunakan bahan api yang lebih bersih untuk mengurangkan bahan pencemar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s