PUNCA & PENCEMARAN

EKOSISTEM TERANCAM

AKTIVITI MANUSIA YANG MENGANCAM EKOSISTEM

1. Aktiviti manusia yang tidak terancang dan tidak diuruskan dengan betul boleh mengganggu keseimbangan persekitaran semula jadi dan merosakkan ekosistem.

Kesan aktiviti manusia terhadap ekosistem ditunjukkan dalam Jadual9.1.

9.1

Pencemaran

Pencemaran adalah perubahan ciri fizikal, kimia atau biologi persekitaran semula jadi yang tidak dikehendaki disebabkan oleh aktiviti manusia.

Pencemaran udara

Jadual9.1 menyenaraikan pelbagai sumber bahan pencemar udara.

9.11

2. Kesan kepada bangunan

(a) Hujan asid mengkakis struktur logam bangunan dan jambatan
(b) Jelaga dan habuk menghitamkan bangunan

3. Kesan kepada pertanian

(a) Jerebu menghalang cahaya matahari daripada sampai ke permukaan Bumi, lalu menjejaskan fotosintesis
(b) Stoma ditutup oleh habuk dan jelaga. lni menurunkan kadar fotosintesis.
(c) Hujan asid memusnahkan tumbuhan dan mengurang­kan produktiviti pertanian.

4 Kesan terhadap kesihatan manusia

Gas berasid dan asap menye­babkan penyakit respirasi seperti asma, bronkitis, kanser peparu, penyakit kuht, merengsakan mata, konjunktivitis.

5 Kesan terhadap haiwan, tumbuhan dan habitat

(a) Sulfur dioksida dan nitrogen dioksida menyebabkan hujan asid yang melarut resap nutrien. Hal ini menyebabkan tanah menjadi tidak subur.

(b) Hujan asid menyebabkan tanah berasid, memusnahkan daun lalu menyebabkan turnbuhan mati.

(c) Hujan asid merendahkan pH air, lalu menyebabkan organisma akuatik mati.

(d) Asap, jelaga dan habuk menyumbat hang stoma dan merendahkan kadar foto­sintesis.

6 Kesan terhadap iklim

(a) Menyebabkan jerebu yang mengurangkan daya peng­lihatan dan membahayakan kesihatan.

(b) Peningkatan karbon diok­sida dalam atmosfera memerangkap haba untuk meningkatkan suhu Bumi dan menyebabkan kesan rumah hijau.

(b) Ais di kutub menjadi cair dan menaikkan aras air laut yang menyebabkan banjir dan perubahan iklim.

Pencemaran air

1. Pembuangan kumbahan dan sisa domestik yang tidak dirawat ke dalam sungai (najis, sampah sarap, detergen)

(a) Menggalakkanpertumbuhan bakteria dan menyebabkan penyakit
(b) Mengurangkan kepekatan oksigen dalam air disebabkan proses pereputan
(c) Sampah yang tidak terbiodegradasi menghalang cahaya matahari daripada sampai kepada tumbuhan akuatik, lalu mengancam kehidupan tumbuhan
akuatik

2. Pembuangan sisa industri (sisa organik dari kawasan pertanian, sisa kimia bertoksik dari kilang elektronik)

(a) Penguraian sisa organik mengurangkan kepekatan oksigen di dalam air
(b) Bahan kimia bertoksik yang tidak terbiodegradasi ber­kumpul di dalam badan melalui rantai makanan. lni boleh merosakkan organ, menyebabkan kanser dan mutasi

3. Pembuangan sisa pertanian (baja, tinja) yang mengandungi nitrat dan fosfat

(a) Kepekatan nitrat dan fosfat yang tinggi di dalam sungai atau kolam menyebabkan eutrofikasi

9.12

b) Keperluan oksigen bio­kimia (B.O.D.)

(i) B.O.D. adalah jumlah oksigen yang diambil oleh mikroorganisma yang menguraikan sisa organik di dalam air.
(ii) B.O.D. mengukur aras pencemaran air.

9.13

(iii) Semakin tinggi nilai B.O.D., semakin rendah kepekatan oksigen ter­larut di dalam air.
(iv) Nilai B. O.D. air (aras pencemaran air) boleh ditentukan dalam ekspe­rim en dengan meng­gunakan larutan meti­lena biru.

4. Tumpahan minyak
(a) Tumpahan minyakdarikapal tangki minyak boleh mencemarkan air dan menye­babkan kematian haiwan akuatik di dalam laut.
(b) Tumpahan minyak juga mencemarkan pantai

PENCEMARAN TERMA

1. Pencemaran terma disebabkan pembebasan haba yang ber­lebihan ke persekitaran.

2. Sumber pencemaran terma adalah:
(a) Pembuangan air panas dari kilang, reaktor nuklear dan stesen jana kuasa

9.14

(b) Bangunan bercermin yang memantulkan sinar matahari dari satu bangunan ke bangunan lain

9.15

Pencemaran bunyi

1. Pencemaran bunyi disebabkan oleh bunyi yang keterlaluan dalam persekitaran.
2. Pencemaran bunyi menyebabkan masalah pendengaran (pekak), kecederaan telinga, sakit kepala, gangguan emosi dan mental, tekanan darah tinggi.

1 thought on “PUNCA & PENCEMARAN

Leave a reply to adek2 jek Cancel reply