RUMAH HIJAU & LAPISAN OZON

KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON

1. Kesan rumah hijau disebabkan oleh haba yang diserap dan terperangkap dalam atmosfera oleh gas rumah hijau (sepeti karbon dioksida, metana, klorofluorokarbon, nitrogen oksida) dan menyebabkan per­tambahan suhu atmosfera.

2. Pertambahan suhu Bumi secara keseluruhannya menyebabkan pemanasan global.

3. Punca utama kesan rumah hijau adalah kepekatan karbon dioksida yang tinggi dalam atmosfera.

4. Aktiviti yang menyebabkan pertambahan kepekatan karbon dioksida adalah:
(a) Pembakaran bahan api di kilang

(b) Pembakaran hutan

(c) Penyahhutanan

(d) Pembakaran sampah secara terbuka

(e) Penggunaan klorofluoro­karbon (CFC)

(f) Kenderaan bermotor

Rajah 9.3 menunjukkan bagaimana kesan rumah hijau berlaku.

9.16

Kesan rumah hijau

1. Peningkatan aras laut. Ais mencair di kutub menyebabkan banjir.

2. Perubahan iklim. Suhu atmos­fera yang tinggi meningkatkan kadar penyejatan, menyebabkan kejadian kemarau clan banjir secara tiba-tiba. Perubahan arah angin menyebabkan taufan clan ribut berlaku dengan lebih kerap.

3. Penghasilan pertanian. Hasil tanaman dan ternakan berkurang disebabkan kemarau clan suhu tinggi yang melampau.

PENIPISAN LAPISAN OZON

1. Lapisan ozon di stratosfera menyerap sinar ultraungu dan menghalangnya daripada sampai ke permukaan Bumi.

2. Punca utama pemplsan ozon adalah disebabkan pertambahan penggunaan klorofluorokarbon (CFC) yang boleh menguraikan clan memusnahkan molekul ozon. Bahan pencemar lain yang boleh memusnahkan ozon adalah halon, gas klorin clan oksida nitrogen.

3. CFC digunakan secara meluas sebagai agen penyejuk di dalam peti sejuk, penyaman udara, tin aerosol, bekas makanan poli­stirena clan getah berbusa untuk membuat kusyen clan tilam.

4. Proses penipisan ozon oleh CFC
(a) Sinar ultra ungu meme­cahkan molekul CFC (Rajah 9.4) di atmosfera. Satu atom klorin dibebaskan.

atom 1

(b) Atom klorin yang sangat reaktif memecahkan mole­kul ozon kepacla klorin monoksida dan molekul oksigen (Rajah 9.5).

atom 2

(c) Atom oksigen bebas cli atmosfera memecahkan ikatan klorin monoksida. Satu atom klorin dibebaskan dan boleh memusnahkan lebih banyak molekul ozon.

atom 3

Kesan penipisan ozon

1. Terhadap persekitaran

(a) Menyebabkan kesan rumah hijau
(b) Mengubah iklim dan cuaca
(c) Menukar arah angin

2. Terhadap tumbuhan

(a) Memusnahkan sel-sel daun, stoma dan klorofil. Ini merenclahkan kadar foto­sintesis dan mengurangkan hasil tanaman.
(b) Memusnahkan organisma akuatik seperti fitoplankton dan mengganggu rantai makanan di dalam air.

3. Terhadap kesihatan manusia

(a) Menyebabkan kanser kulit
(b) Merosakkan penglihatan clan menyebabkan kataraks
(c) Melemahkan sistem k.eimunan manusia

4. Terhadap ekosistem

(a) Memusnahkan plankton dalam rantai makanan dan mengganggu
keseimbangan ekosistem di dalam air
(b) Menjejaskan komponen abiotik dalam atmosfera dan menyebabkan ketakseim­bangan dalam pelbagai eko­sistem

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s